Lagu moden dari Hong Kong itu dinyanyikan beliau bersama Pengarah SPRM negeri, Datuk Abdul Aziz Aban dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersama-sama hampir 540 orang awam yang merupakan mangsa banjir 5 November lalu.


Difahamkan, lagu yang telah ditambah dengan beberapa lirik Melayu itu menceritakan tentang hubungan persahabatan yang akan dipelihara meskipun perlu berhadapan dengan sebarang dugaan.


Video nyanyian Dzulkifli itu yang turut disertai sebahagian penerima bantuan mangsa banjir kaum Cina menjadi tular dan mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen. 


Majlis penyerahan bantuan berkenaan merupakan hasil kerjasama daripada 68 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari pelbagai negeri yang mengumpulkan tilam, makanan dan keperluan asas sejak seminggu lalu. - UTUSAN ONLINE.