ANIH
ANIH 

Anih Berhad dalam kenyataan hari ini berkata, hal itu kerana mesej bergambar mengenai dakwaan tumpahan minyak yang tular di dalam laman sosial ketika ini adalah insiden lama berlaku pada 10 April lalu membabitkan kemalangan sebuah treler.

“Kita berharap pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) tidak terpedaya dengan pihak tertentu yang menyebarkan gambar lama tersebut selain menghentikan penyebaran mesej palsu itu sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Pengguna dinasihatkan melayari laman sosial Anih seperti @LPTTrafik di Twitter dan Lebuh Raya Pantai Timur di Facebook untuk mengetahui keadaan trafik semasa,” katanya. - UTUSAN ONLINE