Noraini yang merupakan gene­rasi kedua Felda di ta­nah rancangan itu terpaksa me­ngambi alih sepenuhnya penja­gaan kebajikan ahli keluarga OKU selepas kematian ibunya, Jam­nah Saad, 64, dua tahun lalu kerana penyakit diabetes dan jantung.

Dugaan hidup serta bebanan tanggungjawab semakin berat apabila ayahnya Mat Omar, 71, terlantar akibat angin ahmar.

Noraini berkata, perbelanjaan bulanan menguruskan ke­­bajikan makan minum dan perubatan ayahnya RM700, ma­nakala keperluan sama bagi empat adik beradik­nya yang OKU mencecah RM600 sebulan.

“Kehidupan kami kian terhimpit dan terdesak memerlukan sumber kewangan untuk membiayai keperluan dapur, perubatan ayah serta kebajikan empat beradik OKU.

“Pendapatan hasil sawit di bawah RM600 dan mana mampu membiayai kebajikan serta belanja keperluan harian keluarga kami,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Kami Anak Felda (Komuniti) Felda Tekam Utara, Anuar Rahman di Felda Kota Gelanggi 2 di sini hari ini.

Tambahnya, ekoran pendapatan bulanan hasil sawit yang tidak mencukupi, dia terpaksa mengambil upah menurunkan baja sawit daripada lori dan membuat apa sahaja kerja jika dipanggil oleh pengusaha atau pihak tertentu yang memerlukan tenaga buruh di tanah rancangan itu.

“Empat beradik saya yang OKU berusia antara 31 hingga 49 tahun, mereka iaitu Norlia, 49; Norazman, 38; Norhidayah, 31 dan Nurulzakiah, 28, mengalami masalah pembelajaran, pertuturan dan mental.

“Kesemua mereka menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) antara RM150 hingga RM400 yang sedikit sebanyak meringankan beban keluarganya,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyampaikan bantuan boleh menghubungi Noraini di talian 019-9221892 atau menyumbang terus ke akaun Agro Bank bernombor 2006311000023340.