Ini kerana, menurutnya, hasil gabungan tersebut akan membentuk satu pakatan Melayu sehingga menjejaskan kepada dasar kerajaan yang bersifat keagamaan sekali gus menghancurkan struktur multi politik negara.

“Memandangkan UMNO akan menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pas manakala Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut ‘memancing’ Pas bagi memperluaskan pengaruhnya.

“Berikutan itu, Gerakan bimbang apabila parti-parti Melayu membentuk satu pakatan, orang bukan Melayu pasti akan dipinggirkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dominic Lau berkata, menegaskan bahawa Malaysia adalah negara berbilang budaya, etnik dan agama tidak boleh diperintah daripada satu pihak sahaja.

“Oleh itu, adalah perlu untuk memerintah negara dalam kadar sederhana dan tidak mengamalkan negara diketuai oleh satu bangsa atau agama sahaja.

“Saya menyeru semua parti politik untuk menghormati semangat konstitusional negara dan mematuhi sistem negara sekular yang sedang dilaksanakan sejak kemerdekaan serta tidak memusnahkan keharmonian dan kesatuan negara,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE