Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, pada masa sama, kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk mengetatkan undang-undang program Malaysia Rumab Keduaku.

“Antara isu yang menjadi perhatian dalam projek ini ialah pemilikan tanah kepada 70 peratus warga asing.

“Ini merupakan isu yang perlu diberi perhatian supaya rakyat tempatan dan manfaat untuk mereka tidak dipinggirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Ke-72 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE