Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya telah menghubungi Jabatan Imigresen Johor berkenaan perkara tersebut dan mengesahkan video kesesakan yang berlaku itu adalah video lama.

“Saya sudah mendapat maklum balas daripada Jabatan Imigresen Johor berkenaan perkara tersebut yang mengesahkan video itu adalah video lama yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menimbulkan keresahan terhadap orang awam dan memburukkan imej jabatan secara tidak wajar.

“Sistem pemeriksaan keluar masuk berjalan baik hari ini dan kesesakan yang berlaku di ruang pemeriksaan masuk penumpang bas ke Malaysia adalah kesesakan biasa pada waktu puncak iaitu sekitar 6 petang sehingga 10 malam,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE