Ketua Pegawai Operasi Sektor Logistik dan Perniagaan Sokongan Felda Travel, Azman Ahmad berkata, tahun ini merupakan kali ke-12 pihaknya menguruskan jemaah haji.

“Taklimat yang diadakan merangkumi praktikal ibadah haji, pendedahan asas berkaitan haji dan pengurusan operasi haji di tanah air dan Tanah Suci.

“Selain menawarkan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji, Felda Travel juga bertanggungjawab membantu melakukan persediaan awal kepada para jemaah menerusi taklimat seperti ini,” katanya.

Felda Travel menghantar seramai 296 jemaah haji tahun ini, iaitu menerusi pakej ekonomi (Nuhasi) seramai 224 jemaah dan pakej premium (Zahabi) seramai 72 jemaah. - UTUSAN ONLINE