Pengurus Besarnya Hassan Khamis berkatabantuan wang tunaiRM200dan barangan bernilai RM100 itu merupakan hasil penjualan tanaman kelapa sawit di atastanahseluas1,700 hektaryang diberikan kerajaan negeri untuk diuruskan Felcra Berhad sejak 1997.

Beliau berkata pihaknyadilantikkerajaan negeri sebagaiagensipenyelaras untuk menguruskan tanaman kelapa sawit bagi membantu peserta PPRT yang dipilih melalui e-Kasih.

"Kita berterimakasihkepadakerajaan negeri kerana memberikan peluang kepadaFelcra menguruskan tanahyang diberikan untuk tanaman kelapa sawit.

"Kita juga membuat pemutihan kepadapenerimayang layakmenerima bantuan itu di setiap daerah supaya mereka yang sudah terkeluar dari garis kemiskinantidaklagi diberibantuan, sebaliknya diberikan kepadapenerimabaharu," katanyapada sidang media selepas majlis Ramah Mesra Peserta PPRT Daerah Kerian di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin di sini hari ini.


Di Kerian sahaja, Hassan berkataseramai 319 peserta PPRT menerima bantuan bulanan itu membabitkan peruntukan RM1.148 jutapada tahun lalu.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat yang turut hadir pada majlis tersebut berkata peserta PPRT yang dipilih menerusi program e-Kasihlayakmenerima bantuan berkenaan setiap bulan.

"Jika ada peserta yang meninggal dunia kita akanbuat pemutihan dan akangantikan dengan peserta lain kerana bantuan ini bukan boleh diwarisi oleh sesebuah keluarga," katanya. - BERNAMA