Farahwahida yang menyanyikan lagu Ayat-Ayat Cinta mendapat markah terendah pada konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.

FARAWAHIDA
FARAWAHIDA 

Menurut juri tetap GV5, Datuk Ramli MS, kegagalan itu kerana penyanyi tersebut melakukan banyak kesalahan dan sumbang.

“Dekat telinga saya kedengaran sangat jelas. Saya menilai dengan adil dan saya mendengar setiap suku kata sebutannya yang menyebabkan markahnya rendah.

“Dia banyak melakukan kesalahan dan banyak kedengaran sumbang,” ujarnya.

Sementara itu, Farawahida mengakui dia agak gementar sehingga berlaku beberapa kesalahan.

“Walaupun sudah memasuki minggu keenam, rasa gementar itu tetap ada. Saya reda dengan keputusan malam ini kerana berada di tahap ini juga sudah memadai,” jelasnya.

Dalam pada itu, lapan peserta yang mara ke peringkat seterusnya Noryn Aziz, Amelina, Zamani, Hetty Sarlene, Mya Ruslee, Billy Zulkarnain, Dia Fadila, Zamani dan Forteen.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, manakala Datuk Tarmimi Siregar tampil sebagai juri jemputan.

GV5 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Juara program ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000. - UTUSAN ONLINE