Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ishak Ismail berkata, selain itu tinjauan pihaknya juga mendapati bekalan bahan makanan lain seperti sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi.

“Dua barangan yang didapati akan mendapat permintaan yang meningkat pada Ramadan ialah ayam dan kelapa namun kita akan pastikan bekalannya mencukupi.

“FAMA telah membawa kelapa dari Sabah untuk menambah bekalan sebanyak 30 tan sebulan sejak tahun lalu lagi,” katanya kepada selepas mengadakan lawatan kerja dan penyampaian geran insentif karavan tani sempena Penang FAMA Fest 2019 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE