Pelantikan yang berkuat kuasa 1 Ogos lalu itu adalah bagi menggantikan Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd. Nasir Taib yang tamat tempoh lantikan sebagai Dekan pada 31 Julai 2019 yang lalu.

Upacara simbolik penyerahan tugas Dekan berlangsung pada Program ILTIZAM @FKE 2.0 2019 yang turut dihadiri oleh semua warga fakulti, hari ini.

Dalam ucapannya, Juliana menganggap pelantikannya sebagai satu amanah besar yang datang bersama tanggungjawab besar, dan berjanji akan meneruskan kecemerlangan fakulti.

Dan oleh kerana sebahagian dari warga kerja fakulti, terutamanya dalam kalangan pensyarah merupakan bekas pelajar beliau, beliau yakin dapat bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan tentang keperluan untuk membuat penstrukturan baharu fakulti sebagai mengikut jejak langkah pengurusan tertinggi UiTM selari dengan hasrat Naib Canselor UiTM. - UTUSAN ONLINE