Peserta dari UIAM itu berjaya menewaskan 12 pencabar lain yang disenarai pendek sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Tempat kedua pula dimenangi oleh wakil dari Universiti Utara Malaysia, Tuan Ladang Production sementara tempat ketiga pula menjadi milik kumpulan JKA dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan.

Kedua-dua pemenang tersebut masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan RM3,000 bagi kedudukan kedua dan ketiga.

Sementara itu, 10 lagi pasukan yang disenarai pendek ke peringkat akhir membawa pulang hadiah saguhati wang tunai RM1,000.

MulVec 2017 merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Unit Media Baharu Utusan Malaysia bagi mencungkil bakat dan kreativiti pelajar institusi pendidikan tinggi dalam berfikir secara positif mengenai tema-tema yang diberikan dan diterjemahkan dalam bentuk video multimedia.

Hadiah disampaikan kepada semua pemenang oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dalam satu majlis penyampaian hadiah khas di Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah; Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Professor Datuk Dr. Mizan Hitam dan Pengarang Unit Media Baharu, Aznan Bakar. - UTUSAN ONLINE