Naib Presiden Eksekutif Sumber Manusia Etika, Nicholas Ng berkata, penganugerahan tersebut adalah bukti komitmen syarikatnya yang sentiasa bersaing meningkatkan kualiti modal insan pekerja dengan bantuan amalan sumber manusia standard.

“Kita akan terus meningkatkan prestasi dalam pembangunan pe­ngurusan sumber manusia selain menambah baik keadaan persekitaran syarikat bagi membolehkan bakat pekerja menjadi lebih baik.

“Anugerah ini adalah satu pencapaian terbaik buat Etika sekali gus memberi semangat buat seluruh warga kerja untuk memastikan usaha memantapkan kedudukan syarikat sebagai Majikan Pilihan Asia dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, anugerah itu diberikan berdasarkan kemampuan organi­sasi menterjemahkan visi syarikat kepada strategi yang mampu memberi impak dan berkesan me­lalui sumber manusia.