Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata , etika itulah yang mengangkat wibawa media dan penulisnya dalam memasarkan berita apabila berusaha memastikan berita yang dikeluarkan itu berasaskan maklumat sahih dan benar.

“Mereka yang ingin menjadi wartawan biasanya akan mengikuti kursus kewartawanan dan inilah salah satu cabaran untuk mereka yang ingin terlibat dalam bidang ini.

“Kita dapat lihat mereka yang terlibat dalam media konvensional biasanya didedahkan dengan kursus dan latihan berterusan.

“Jika tidak mereka ini boleh dikatakan lebih kurang sama dengan wartawan mi,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita dalam Majlis Perlepasan Konvoi Puteri Hulu Terengganu ke Program Pelancaran Sahabat Puteri BN AZALEA 2018, di Dataran Kuala Berang malam tadi.- ujarnya. - UTUSAN ONLINE