Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), peguam yang mengendalikan urusan jual beli tersebut, S.Sitpah berkata, proses pembidaan kapal layar mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low itu ditutup pada 28 November lalu.

Jelas Sitpah yang mewakili Jabatan Peguam Negara, pembidaan itu diperoleh selepas Mahkamah Tinggi (Bahagian Admiralti) membenarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kerajaan menjualnya.

“Pegawai Mahkamah Tinggi (Bahagian Admiralti) akan mendapatkan perintah mahkamah yang diperlukan untuk memulakan fasa kedua penjualan kehakiman oleh perjanjian peribadi.

“Sherif (pegawai mahkamah) berpendapat fasa kedua akan memberi kelebihan dalam mendapatkan nilai optimum untuknya,” katanya sambil menambah kapal layar itu akan dijual pada harga yang sepadan dengan spesifikasinya. - UTUSAN ONLINE.