Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Enam cedera koc tren Sinaran Selatan tergelincir

dn_35 : PASUKAN bomba dan penyelamat mengeluarkan seorang mangsa yang
PASUKAN bomba dan penyelamat mengeluarkan seorang mangsa yang cedera selepas sebahagian koc tren Sinaran Selatan yang dalam perjalanan dari utara ke arah selatan tergelincir di Km 738.25 berhampiran stesen kereta api Kempas Baru, di Johor Bahru hari ini. - UTUSAN

JOHOR BAHRU 26 Jan. - Lima penumpang dan seorang krew cedera apabila empat daripada 10 koc komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tergelincir di kilometer 738.25 berhampiran Taman Impian Emas, Skudai di sini hari ini.

Tren Sinaran Selatan yang membawa lebih 200 penumpang itu dalam perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Woodlands, Singapura apabila tergelincir di antara Stesen Kulai dan Stesen Kempas, di sini kira-kira 3 petang.

Kesemua mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan susulan.

Beberapa pegawai KTMB yang kini berada di lokasi kejadian masih menyiasat punca kejadian. - UTUSAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain