Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Empat IPTA disenaraikan 
23 universiti terbaik dunia

Idris Jusoh (tengah) bersama   Naib Canselor UPM, Prof. Datin
Idris Jusoh (tengah) bersama Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Dr. Sharmala Subramaniam dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Datuk Zaiton Othman bergambar bersama pelajar di Majlis Pelancaran Program Transformasi Kepimpinan Sukan Anjuran Akademi Sukan, Universiti Putra Malaysia dan Sports Warrior Global di Pusat Sukan UPM, dekat sini hari ini. utusan/ABDUL NAZIR MOHAMED

KUALA LUMPUR 13 Julai - Empat buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berusia bawah 50 tahun disenaraikan antara 23 universiti awam terbaik di dunia bagi tahun 2017/2018 terbitan Quacquarelli Symonds (QS).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, QS merupakan agensi penarafan universiti pertama dunia yang diiktiraf oleh The International Ranking Expert Group dan menjadi rujukan pihak berkepentingan di seluruh dunia.

Jelas beliau, berdasarkan penilaian tersebut, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya melonjak ke kedudukan ke-15 dari tangga ke-38; Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tempat ke-16 dari tangga ke-32; diikuti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada pada kedudukan ke-21 dari tangga ke-30 dan Universiti Sains Malaysia (USM) pada kedudukan ke-23 dari tangga ke-26.

‘‘Kedudukan empat IPTA negara yang memiliki status sebagai universiti penyelidikan itu menjadi bukti bahawa usaha kementerian dan pihak pengurusan tertinggi universiti-universiti tersebut selama ini dalam menggalakkan aktiviti penyelidikan akhirnya membuahkan hasil.

‘‘Kementerian dan pihak pengurusan UPM cukup berbangga hari ini apabila melihat kedudukan universiti ini meningkat sebanyak 23 anak tangga. Atas sebab itu, kementerian sentiasa menyokong usaha mana-mana IPTA malah memberi kuasa autonomi kepada mereka untuk membangunkan prestasi ma­sing-masing, sama ada dalam bidang penyelidikan mahu pun pembelajaran,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program Transformasi Kepimpinan Sukan anjuran Akademi Sukan UPM dan Sports Warrior Global di Dewan Serbaguna Pusat Sukan UPM, Seri Kembangan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UPM, Prof. Datin Dr. Aini Ideris; ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan Pengarah Sports Warrior Global, Sharon Wee.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai program tersebut, Idris berkata, pihaknya sentiasa berlapang dada untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana universiti dan pihak swasta bagi melahirkan lebih ramai pemimpin belia dalam bidang sukan pada masa depan.

Katanya, perbincangan mengenai industri sukan negara itu telah dijalankan antara kementerian, UPM dan Sport Warrior Global sejak Februari lalu di Putrajaya.

‘‘Pada ketika itu, saya meneri­ma cadangan daripada mereka mengenai usaha untuk memastikan industri sukan terus berkembang dengan baik selain melahirkan lebih ramai golongan atlet yang berfikiran tinggi.

‘‘Atlet yang berfikiran tinggi ini adalah mereka yang bukan hanya bijak bermain aktiviti sukan sebaliknya turut memiliki minda yang cerdas dalam meran­cang strategi permainan untuk mengalahkan pihak lawan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Nicol memberitahu, beliau percaya bidang sukan juga mampu memupuk nilai-nilai kepemimpinan dan meningkatkan kualiti yang positif dalam diri setiap pelajar.

Katanya, beliau sendiri telah mengalami pelbagai pengalaman, perubahan dan transformasi yang positif hasil daripada penglibatan dalam bidang skuasy.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain