Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan ke atas rumah ibadat bukan Islam dan merancang menculik serta membunuh anggota polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sebelum ini pihaknya sudah menangkap enam anggota Daesh dari kumpulan yang sama pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu di Johor.

“Kita sedang mengesan empat yang masih bebas dan disyaki boleh menggugat keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kesemua individu berkenaan boleh berhubung dengan Inspektor Mohd. Badri Othman di talian 017-6727120 atau mana-mana balai polis berdekatan. - UTUSAN ONLINE