Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataannya berkata, pelajar IPGM sedia ada bagi ambilan sebelum Jun 2017 akan terus menerima elaun seperti seperti yang diselaraskan 1 Januari 2017 sama seperti kemasukan baharu, elaun dan tambang pergi balik itu juga dibayar sehingga tamat pengajian.

“Bagi pelajar baharu ambilan Jun 2017 yang menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) dengan tempoh pengajian empat tahun pula, tiada elaun diberikan mulai ambilan Jun 2018.

“Bagaimanapun, yuran pengajian berjumlah RM27, 831 akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun,” kata kementerian itu dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut kementerian itu, IPG telah berbincang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyenarai institut tersebut sebagai salah satu agensi penerima PTPTN bagi membolehkan pelajar PISMP menerima kemudahan pinjaman wang sara hidup. - UTUSAN ONLINE