Ekspo siri ke-11 yang diperkenalkan sejak 2007 itu dibuka secara percuma kepada orang ramai mulai 11 pagi sehingga 7.30 malam.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil secara bersama merasmikan majlis pratonton kenamaan Ekspo Seni Malaysia 2017 malam tadi.

Baginda berdua adalah Penaung Diraja ekspo tahunan yang menggamit kehadiran ribuan pengunjung saban tahun dan tahun lalu sahaja sebanyak 25,000 pengunjung direkodkan.

Baginda berdua, yang turut disertai anakanda sulung Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, turut melawat lebih 70 tapak pameran dengan diiringi Pengasas Ekspo Seni Malaysia, Datuk Vincent Sim Tiak Choo dan pengarah eksekutifnya, Sim Pojinn.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE ,Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros. - BERNAMA