Lawatan beliau itu bagi melihat perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) subjek bahasa Perancis yang diambil oleh seramai 120 pelajar sekolah berkenaan.

Pengetua SMSTMFP, Wan Jah Wan Yaacob berkata, pelajar sekolah berkenaan telah menonjolkan prestasi memberangsangkan dalam subjek itu.

“Hari ini saya berbangga menerima kunjungan Duta Perancis ke sekolah ini bagi melihat sendiri PdP bahasa Perancis di sekolah ini.

“Alhamdulillah, pelajar kita berjaya membuktikan prestasi yang baik apabila 100 peratus lulus dalam peperiksaan pada 2017. Hasrat kita juga ingin melihat pelajar ini dapat menguasai bahasa ketiga berkenaan sekali gus dapat melanjutkan pelajaran ke Perancis,” katanya di SMSTMFP di sini hari ini.

Seramai 120 daripada 655 pelajar sekolah berkenaan memilih bahasa Perancis sebagai subjek bahasa ketiga pilihan.

Terdahulu, kunjungan Frederic turut dihiburkan dengan persembahan dikir barat dalam bahasa Perancis oleh pelajar sekolah berkenaan. - UTUSAN ONLINE