Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dunia kulinari di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017

AHMAD SHABERY
Ahmad Shabery Cheek bersama Rakan Strategik dan artis pada sidang akhbar dan meperkenalkan Rakan Strategik sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 ( HPPNK2017) dan Malaysia Food Festival ( MFF2017 ) yang akan di adakan dari 28 September hingga 1 Oktober 2017 di MAEPS, Serdang hari ini. - UTUSAN ONLINE/HALIM KHALID

SERDANG 12 Sept. - Peminat dunia kulinari dan produk pertanian tempatan bakal teruja untuk menerokai dunia makanan Malaysia sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 dan Malaysia Food Festival (MFF) 2017.

Berkonsepkan menerokai dunia makanan dari ladang dan lautan ke meja hidangan, sebanyak 600 gerai pameran telah habis ditempah di kawasan seluas 80,000 meter persegi.

Gerai pesta makanan yang akan berlangsung pada 28 September hingga 1 Oktober ini di MAEPS, Serdang akan mempamer serta menjual pelbagai jenis hasil pertanian seperti buah-buahan, sayuran dan bunga-bungaan segar. 

Tidak ketinggalan pelbagai produk ternakan dan lautan antaranya ikan tuna laut, udang laut, rumpai laut, madu kelulut, 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebanyak 401 menu makanan dalam empat kategori menanti orang ramai di 'Empayar Makanan'.

"Pengalaman jamuan empat cara berbeza di 'Food Fest' iaitu hidangan ikan sungai termahal, makanan ala kampung, makanan laut lambak dan makan malam ala barat yang akan berlangsung selama dua hari juga telah habis ditempah," kata Ahmad Shabery Cheek dalam sidang akhbar di MAEPS hari ini.

Empat orang selebriti iaitu Fara Fauzana, Aiman Tino, Mat Dan dan Yabang Khalifah turut dijemput untuk memeriahkan HPPNK2017 dan MFF2017. 

Pesta makanan dan pertanian selama empat hari itu dijangka akan dihadiri 500,000 pengunjung serta sasaran jualan sebanyak RM30 juta.

Pada majlis hari ini Shabery Cheek turut menerima sumbangan tajaan berjumlah RM3.1 juta dari Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Agrobank, Persatuan Nelayan Kebangsaan, Nestle Malaysia, Asia Tank, Affin Bank, Tekun Nasional, Bernas, QSR Brands, BioAlpha, Giant Malaysia, Oblong Burger-Seleraku Trading, Green World Genetic Sdn. Bhd., Hybrid Allied, RHB Bank dan Fama Corp.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain