Kedua-dua mereka, Indri, 23 dan Amalia, 24, merupakan sebahagian daripada kumpulan 10 pemandu tren MRT Jakarta lelaki yang ang mengikuti latihan sebagai pemandu tren di negara ini.

Pada ketika ini, MRT Jakarta mempunyai 90 pemandu tren dan lima daripada mereka adalah pemandu tren wanita termasuk Indri dan Amalia.

Indri yang berasal dari Lampung, Sumatera, memberitahu, dia amat berbangga menjadi pemandu tren dan tidak merasa kekok untuk bergandingan dengan rakan-rakan kerja lelaki.

Katanya, sebagai pemandu tren perkhidmtan MRT Jakarta, mereka menjadi perintis kepada pembangunan rel urban untuk Indonesia sekali gus diharapkan untuk  menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi dan aktiviti bisnes di Jakarta dan Indonesia secara menyeluruh.

 “Sebagai pemandu wanita, kami juga sedar bahawa kami mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membuktikan keupayaan kaum wanita di bidang ini.

“Saya berharap seluruh rakyat Indonesia akan mendokong kami sebagai agen transformasi untuk sistem pengangkutan awam, yang kita sudah lihat di Malaysia; tetapi masih belum dilihat di Indonesia dan Jakarta,” kata Indri.

Sementara rakan sekerjanya, Amalina, pula menyatakan, Indonesia pada ketika ini belum ada ruang di Indonesia untuk mereka menimba ilmu bagi membolehkan mereka membina kerjaya sebagai pemandu tren sepereti di Malaysia.

"Semuanya ada di sini. Saya harap dapat menggunakan segala ilmu yang dipelajari untuk memberi perkhidmatan yang terbaik di Indonesia nanti.

“Harapan saya supaya projek MRT Jakarta ini tidak akan berhenti di sini; tetapi dikembangkan ke seluruh Indonesia untuk manfaat seluruh masyarakat Indonesia,” kata Amelina.

Kedua-dua gadis ini merupakan sebahagian daripada 10 pemandu tren lelaki di dalam kumpulan 4 pemantu tren MRT yang sedang menjalankan latihan di Malaysia yang diadakan di  Akademi Rel Rapid Rapid Rail.


Latihan bagi 8 kumpulan pemandu tren tersebut dilaksanakan di bawah kontrak yang ditandatangani tahun lepas antara Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Akademi Perkeretaapian Indonesia (API), yang menguruskan program latihan untuk para pemandu tren berkenaan.  - UTUSAN ONLINE