Menariknya, lukisan Ngdawiyah Ismail, 43, itu adalah imiginasi fantasi sahabatnya Zuraida Awang,37, berhubung Hikayat Kota Dewa (HKD).

Bukan itu sahaja, Ngadawiyah menjadi wanita pertama di negara ini menghasilkan lukisan 7D dengan menggunakan modal sebanyak RM5,000.

Zuraida berkata, kebanyakkan lukisan dalam bentuk itu dihasilkan oleh pelukis dari luar negara.

Menurutnya, lukisan 7D itu diadaptasi dari HKD yang ditulis oleh gurunya, Faran Yusof.

“Lukisan 7D yang dihasilkan oleh Ngadawiah ini diambil dari bab ke-75 dalam HKB yang bertajuk Kunjungan Ke Kota Taklukan.

“Kita pilih bab ini kerana mempunyai nilai-nilai kasih sayang yang tinggi iaitu Puteri Shah Ira Shah dari kayangan turun ke bumi untuk menyampaikan kasih sayang kepada rakyat jelata ketika itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.