Majistret Siti Nabilah Abd. Rashid membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar kedua-dua lelaki itu direman sehingga lusa.

Mereka yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Ko­mersial (JSJK) Bukit Aman direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah manakala siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009.

Kedua-duanya yang berusia 31 tahun dan 33 tahun ditahan pada kira-kira pada pukul 6.20 petang semalam di kawasan tempat letak kereta Center Point di Petaling Jaya.

Pihak SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM15,000 selepas menahan kedua-duanya.

Kedua-dua pegawai ber­kenaan disyaki meminta wang berjumlah RM40,000 daripada seorang lelaki bagi menyelesaikan kes pelaburan yang sedang disiasat polis.

Siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan membuat laporan kepada SPRM selepas dimaklumkan bahawa polis akan menangkapnya jika dia gagal menyediakan RM40,000.