Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Hashnuddin Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 22 tahun dan 18 tahun tercampak ke bawah jambatan setinggi 15 meter.

"Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian menaikkan mangsa sebelum membawa mereka ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh di sini," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE