Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tsim berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap pemilik termasuk menarik balik lesen ladang ternakan sekiranya gagal melaksanakan arahan tersebut.

“Pemilik ladang perlu pastikan pagar perimeter ladang dalam keadaan baik, pekerja memakai pakaian dan kasut bersesuaian selain kemasukan kenderaan ke kawasan tersebut perlu melalui proses disinfeksi.

“Mereka juga dilarang memberi sisa makanan terutama produk babi sebagai makanan kepada binatang ternakan dan amalkan penggunaan makanan dedak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Seminar pencegahan kemasukan dan perebakan penyakit ASF, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut Tze Tsim berkata, walaupun kini Malaysia bebas ASF namun perlu dipastikan wabak tersebut tidak menyerang negara kerana ia boleh menjejaskan industri berkenaan.

Justeru katanya, aktiviti pencegahan kemasukan penyakit ASF kini giat dijalankan seperti pemantauan dan pemeriksaan ke atas kemasukan produk daging babi dari negara berisiko. - UTUSAN ONLINE