Mangsa yang maut dalam kejadian pukul 2.32 pagi itu ialah Anwar Shaari, 23, dan Amirul Zulkhairi Ismail, 24.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, ketika kejadian keempat-empat anggota tentera berusia antara 22 hingga 24 tahun itu menaiki kereta jenis Proton Waja.

Menurut beliau, mereka yang masing-masing bertugas di Port Dickson dan Johor Bahru dalam perjalanan dari Parit Buntar, Perak menghala ke Kem Tentera Port Dickson.

"Apabila tiba di tempat kejadian, kereta mereka hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan menyebabkan pemandu dan seorang penumpang tercampak keluar dari kenderaan.

"Kedua-duanya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi penumpang mengalami cedera ringan," katanya di sini hari ini.

Sulizmie berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk dibedah siasat manakala dua yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama. - UTUSAN ONLINE