“Parti yang menang (Pakatan Harapan) menamakan Menteri Besar bukan yang kalah...yang kalah duduk diam,” katanya ketika di tanya sama ada beliau akan menimbang cadangan UMNO Johor supaya Muhyidddin, yang berpengalaman sebagai Menteri Besar dan Timbalan Perdana Menteri memimpin kerajaan negeri itu.

Ditanya mengenai kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam yang meminta pihak tertentu supaya hentikan campur tangan mengenai hal ehwal negeri itu, Dr. Mahathir berkata, Johor merupakan sebahagian daripada Malaysia.

“Kecualilah kalau ia negara asing. Saya tak campur urusan dalaman negara asing,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Agro Malaysia (Maeps) Serdang hari ini. - BERNAMA