Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Diplomat perlu jalin hubungan erat dengan masyarakat

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Zambry Abdul Kadir (tiga dari
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Zambry Abdul Kadir (tiga dari kiri) bersama pelajar Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) ketika mencemar duli dalam Majlis Titah Amanat IDFR 2017 di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 12 Julai – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menggesa para diplomat menjalinkan hubungan lebih erat dengan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada negara.

Baginda bertitah, masyarakat dan NGO merupakan pihak yang banyak memberi sumba­ngan bernilai dalam mengurangkan penderitaan rakyat selain bersama-sama meningkatkan pendapatan penduduk.

Jelas baginda, antara NGO yang banyak terlibat dalam isu-isu setempat dan antarabangsa adalah Amnesty International, Care International, Oxfam International, Doctors Without Borders dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy).

“Bekerjasama dengan NGO bukanlah mudah, terutamanya ketika berdepan dengan kejadian-kejadian domestik.

“Keadaan menjadi lebih tidak selesa apabila kerajaan di sesebuah negara menjadi sensitif hingga melakukan pengawasan serius terhadap pertubuhan yang lantang bersuara,” titah baginda dalam Majlis Titah Amanat Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) 2017 di Auditorium IDFR, Jalan Wisma Putra, di sini hari ini.

Keadaan itu titah baginda, sering berlaku di negara-negara yang membangun dengan kecenderungan pihak berkuasa atau amalan-amalan demokratik yang masih berkembang. “Kewujudan isu politik dan sosioekonomi akan memburukkan lagi situasi pada masa depan,” titah baginda.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Ramlan Ibrahim dan Ketua Pengarah IDFR, Datuk Sadik Kethergany.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain