Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya menyekat Datin Rozita Mohamad Ali,44, dari ke luar negara selepas individu terbabit gagal dikesan di rumahnya di Mutiara Damansara, Petaling Jaya dekat sini dan rumah keluarganya di Melaka.

“Mahkamah mengarahkan pihak Jabatan Imigresen menyekat individu tersebut dari ke luar negara.

“Bagaimanapun, kita sedang menyemak status di mana individu tersebut berada, sama ada di dalam atau luar negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.- UTUSAN ONLIN