Delegasi tersebut terdiri daripada wakil Latvia, Romania, Korea Selatan, Brunei, Indonesia serta Malaysia.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan, Zanariah Ahmad berkata, lawatan itu akan digunakan bagi merangka cadangan dasar berkaitan pendidikan keusahawanan dan inovasi yang akan dibentangkan dalam mesyuarat ASEMME di Korea Selatan pada Mei depan.

"Kumpulan delegasi itu sebelum ini telah mengadakan lawatan ke Seoul, Jakarta, Romania dan Malaysia adalah negara terakhir sebelum mesyuarat ASEMME diadakan," katanya di sini.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Karteni Osman. - UTUSAN ONLINE