Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, laluan yang ditutup melibatkan Jalan Sultan Hishamuddin, Leboh Pasar, Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Ujarnya, selain itu, kawasan lain yang turut akan ditutup ialah Jalan Raja Laut dan Bulatan Dato’ Onn.

“Kesemua kawasan terbabit akan ditutup mulai pukul 6 pagi sehingga selesai perhimpunan.

“Sehubungan itu, orang awam dinasihati agar bekerjasama dan mematuhi arahan trafik serta tidak meletakkan kenderaan sesuka hati bagi mengelakkan kesesakan yang teruk di kawasan terlibat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE