Kata Perdana Menteri, ini termasuk Malaysia dipuji oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) atas kejayaan melaksanakan kepelbagaian dan pembaharuan ekonomi yang menyumbang kepada pertumbuhan berterusan.

“Baru-baru ini, @WTO memuji kejayaan kepelbagaian dan pembaharuan ekonomi kita yang terbukti menyumbang kepada pertumbuhan berterusan negara meskipun berdepan dengan cabaran luar,” katanya di Twitter miliknya, hari ini.

Jelas Najib yang juga Menteri Kewangan, BMI Research juga mengunjurkan bahawa pengguna Malaysia akan terus makmur pada 2018, dipacu oleh pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan serta kadar inflasi dan pengangguran yang rendah.

“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!,” katanya. - UTUSAN ONLINE