Perdana Menteri itu bagaimanapun mengakui tidak mengetahui faktor sebenar yang menyebabkan tindakan seumpama itu. 

“Saya tak tahu sebab apa (darjah kebesaran tidak dikeluarkan). Tapi saya ingat waktu ini kita tak tau kat sapa nak bagi. 

“Masa Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas Perdana Menteri) dapatlah. Tetapi kita nak bagi orang yang patut dapat, bukan kepada penyangak-penyangak semua, tidak bolehlah bagi tan sri,” katanya. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian selepas melawat mangsa ribut di Sekolah Kebangsaan (SK) Teriang di sini hari ini.

Hadir sama isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Akhbar melaporkan sambutan ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 9 September ini bakal menyaksikan kelainan kerana tiada anugerah darjah kebesaran disampaikan seperti amalan biasa sebelum ini.

Perkara tersebut didedahkan tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang memaklumkan pada tahun ini hanya terdapat titah Yang di-Pertuan Agong dan ucapan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong menganuge­rahkan sebanyak 1,518 darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka.-UTUSAN ONLINE