Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata pendirian berkenaan akan disampaikan kepada kabinet dalam masa terdekat.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut pendirian berkenaan, Loke yang juga Ketua Parlimen DAP berkata isu itu telah dibincang bersama wakil rakyat parti itu dari seluruh negara dalam satu pertemuan di ibu pejabat parti itu semalam.

Loke, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pusat Serantau Penyiapan dan Penghantaran (CDC) Airbus Helicopters, di sini hari ini.

Mengulas desakan MCA agar DAP menekan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik balik rancangan kerajaan itu, berkata parti itu tidak perlu melayan desakan dari mana-mana parti politik, sebaliknya hanya komited pada pandangan rakyat.

KPM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 2 Ogos lepas menegaskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

KPM menjelaskan pihaknya mengambil maklum pelbagai respons terhadap isu itu namun perancangan pengenalannya telah dilaksanakan melalui semakan semula kurikulum sejak 2014. - BERNAMA