Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dana diberi kepada 
semua negeri – PM

NAJIB TUN RAZAK
NAJIB TUN RAZAK

KUALA LUMPUR 14 Julai - Kerajaan memperuntukkan sejumlah dana untuk semua negeri setiap tahun termasuk negeri diperintah pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dana itu diberi mengikut bilangan penduduk, penyelenggaraan jalan raya negeri, pemberian tahunan pihak berkuasa tempatan (PBT), pemberian kerana kekurangan akaun mengurus serta keperluan lain.

“Malah jumlah pemberian ini meningkat setiap tahun. Pada tahun 2015, jumlah pemberian kepada seluruh negeri adalah sebanyak RM6.74 bilion,” kata Najib menerusi ucapan audio di laman blognya, www.najibrazak.com, hari ini.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang sering meng­utarakan isu yang dikitar semula termasuk menuduh kerajaan pusat mengabaikan negeri pembangkang iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, walaupun kerajaan telah berkali-kali menjawabnya.

“Malah, baru-baru ini, bekas Menteri Besar Kedah menuduh kerajaan pusat mengabaikan Kedah sedangkan ia tidak benar sama sekali,” katanya.

Najib menjelaskan, daripada tahun 2011 hingga 2015, Kelantan menerima kira-kira RM1.94 bilion, termasuk peruntukan RM378.85 juta disebabkan kekurangan akaun mengurus, diikuti Pulau Pinang yang mene­rima RM950.44 juta untuk tempoh sama.

Katanya, Selangor pula meneri­ma RM3.63 bilion termasuk pemberian khas sebanyak RM25.81 juta setiap tahun.

Najib menjelaskan, jumlah itu tidak termasuk projek kerajaan Persekutuan yang bernilai berbi­li­on-bilion ringgit di negeri-negeri tersebut seperti pembinaan sekolah, hospital, jalan raya, rumah mampu milik, projek perumahan rakyat, pejabat polis dan projek lain.

Sehubungan itu, beliau meminta pembangkang berhenti melemparkan tuduhan kepada kerajaan tanpa sebarang bukti.

“Kerajaan sedih pembangkang tidak menceritakan perkara sebenar, malah menuduh kerajaan zalim dan mengabaikan negeri pembangkang. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia tidak kira di negeri pembangkang atau negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional,” katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain