Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3, Siti Nurlisia Mohd. Nadzri berkata, program realiti da’i telah pun mempunyai peminat dan penonton setia. Da’i musim keenam bakal mencungkil lebih ramai lagi bakat pendakwah di kalangan generasi muda. 

“Setelah lima musim bersiaran, program keagamaan yang melibatkan pendakwah dari generasi muda mampu menarik minat penonton yang sentiasa ternanti-nanti siarannya.

Sementara itu, Almas Beauty & Health, selaku penaja utama melalui pengasasnya, Datin Maziah Mohamed memberitahu, pihaknya sangat berpuas hati dan kagum dapat melahirkan ramai lagi pendakwah muda melalui program ini.  

“Program ini perlu diteruskan bagi melahirkan lebih ramai lagi pendakwah dalam kalangan generasi muda yang mahir menyampaikan hujah di hadapan umum. 

“Pihak kami sangat berbesar hati dapat menaja program-program keagamaan seperti ini dan ini merupakan kali keempat pihak Almas menaja program Pendakwah Nusantara untuk musim yang keenam,” katanya dalam sidang akhbar memperkenalkan peserta di sini, hari ini.

Datuk Rosyam Nor masih dikekalkan sebagai pengacara dan Datuk Mohd. Zawawi Yusoh sebagai mursyid, 

Program ini menawarkan wang tunai RM60,000 sebagai hadiah utama.

Episod pertama Da’i Pendakwah Nusantara akan besiaran bermula 20 Julai ini iaitu pada hari Jumaat pukul 8 malam. - UTUSAN ONLINE