Perdana Menteri berkata, ini sejajar dengan perkembangan industri tersebut yang menjadi ikutan bukan sahaja masyarakat antarabangsa malah di kalangan generasi anak muda tempatan sendiri yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan dan gaya hidup baru.

''Saya difahamkan sukan ini akan diangkat sebagai sukan di peringkat Sukan Asia di Indonesia tahun ini, mungkin industri ini akan pergi lebih jauh di peringkat Olimpik.

''Oleh kerana itu, apabila kita anggap ia sebagai industri baharu, sudah tentu ia akan janjikan pelbagai peluang, bukan sahaja dari sudut hiburan dan gaya hidup semata-mata, tapi industri baharu.

''Namun, kita mesti sediakan orang-orang kita supaya menjadi penjana, pembekal dan pelaku aktif dalam cyber games ini,'' katanya sewaktu berucap melancarkan edisi kedua Malaysia Cyber Games 2018 (MCG18) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - BERNAMA