Malah idea yang diilhamkannya sejak tiga tahun lalu berjaya menambat hati bukan sahaja masyarakat tempatan tetapi turut mendapat permintaan daripada pelancong luar negara.

Mana tidaknya, setiap helai baju yang dihasilkan dilukis khas yang hanya boleh didapati sepanjang bulan kemerdekaan dengan menawarkan 300 helai baju daripada saiz kanak-kanak hingga dewasa.

“Setiap baju yang saya lukis menggunakan teknik berbeza antaranya royok, renjis, basah, kering dan seni lukis bagi menampakkan perbezaan mengikut cita rasa pembeli.

“Idea untuk membuat lukisan ini datang daripada orang ramai juga. Mereka memberi ilham dan idea kepada saya untuk mencubanya dan apabila mendapat sambutan pada tahun pertama, saya tekad untuk meneruskannya,” ujarnya kepada Utusan Online di sini hari ini.

BAJU ANUAR DAN KEMERDEKAAN

ANUAR DAN menunjukkan anatara sebahagian baju rekaan hasil lukisannya yang bertemakan kemerdekaan di studio miliknya di Shah Alam, Selangor.-UTUSAN ONLINE

Menurut Anuar yang sudah berkecimpung dalam bidang lukisan sejak 40 tahun lalu, dia mampu melukis 10 hingga 15 helai pakaian sehari, dan setiap satu perlu melaluin beberapa proses bagi memastikan lukisannya benar-benar kering.

“Saya menggunakan cat khas di mana warna serta lukisan di pakaian tersebut tidak akan tertanggal, saya perlu membiarkannya kering sekitar empat jam bagi menampakkan hasil yang menarik,” katanya.

Menurutnya, setiap tahun lukisan yang di hasilkan berbeza-beza mengikut peredaran zaman selain memberi impak yang berlainan.

Katanya, dia turut mendapat permintaan penduduk Malaysia yang menetap di luar negara dengan menempahnya menerusi dalam talian.

“Saya mempunyai kedai di Pasar Seni dan laman media sosial yang bukan sahaja menampilkan lukisan pakaian bertemakan kemerdekaan tetapi corak-corak yang berlainan.

“Setiap baju ini saya jual dengan harga RM55 bagi dewasa dan RM35 bagi kanak-kanak. Saya turut menghantar melalui kiriman pos ke luar negara,” ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Grafik ini.

ANUAR DAN MEMBELEK PAKIAN HASIL KARNYANYA

ANUAR DAN membelek pakaian hasil karyanya bukan sahaja bertemakan kemerdekaan malah turut melukis pakaian bertemakan Malaysia.-UTUSAN ONLINE

Sementara itu, ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Anuar memberitahu kemungkinan dia akan meletakkan elemen-elemen kenegaraan dan flora fauna dalam baju keluaran edisi khas kemerdekaanya pada tahun-tahun akan datang.

“Selepas ini kemungkinan anak saya akan mengambil alih kerana minatnya dalam bidang ini, generasi muda ini mempunyai idea yang lain serta kreatif dalam menampakkan hasil seni itu,” ujar bapa kepada tiga orang ini.- UTUSAN ONLINE