Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cucunda titip belasungkawa mengharukan tentang Almarhum Tuanku Abdul Halim

Cucunda

ALOR SETAR 12 Sept. - Cucunda Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menyifatkan baginda sebagai seorang pemerintah yang mementingkan tanggungjawab terhadap rakyatnya mendahului dirinya sendiri.

Raja Sarina Iskandar berkata, Almarhum yang dipanggil sebagai Tok, sentiasa mencuba yang terbaik dalam memenuhi setiap jemputan acara yang diterima atas tanda penghargaan dan hormat walaupun ada kalanya baginda tidak sihat demi tidak mahu menghampakan mana-mana pihak.

"Tanggungjawab dan rakyat. Inilah ungkapan yang Tok sering ucapkan semasa masih hidup. Bila difikirkan kembali manakan tidaknya inilah asas rutin hariannya bagi memenuhi tanggungjawab seorang sultan. Bagi Tok apa sahaja yang dilakukan adalah demi rakyat tercinta.

"Sehinggakan kami sebagai ahli keluarganya merasakan perlu untuk menasihat Tok supaya tidak memudaratkan diri terutama sekali semasa Tok memegang takhta sebagai (Yang di-Pertuan) Agong.

"Walaupun selepas cubaan untuk meyakinkannya yang pihak lain pasti akan memahami hadnya sebagai seseorang yang sudah dimakan usia, Tok masih tegas dengan pendiriannya "Tidak. Ini tanggungjawab Tok," kata Raja Sarina menerusi laman Instagramnya, @sarinaiskandar, hari ini.

Hantaran tersebut yang disertakan sekeping gambar bersama Almarhum mendapat pelbagai reaksi sayu dari netizen.

 

"Tanggungjawab" dan "rakyat". Inilah dua perkataan yg Tok sering ucapkan semasa masih hidup. Bila difikirkan kembali, manakan tidaknya; inilah asas rutin hariannya bagi memenuhi tanggungjawab sbgi seorang Sultan. Bagi Tok, apa sahaja yg dilakukannya adalah demi rakyat yg tercinta. __ Tok sentiasa mencuba yg terbaik utk memenuhi setiap jemputan acara yg diterima sbgi tanda penghargaan dan hormat; meskipun kadangkala Tok merasa lemah dan kurang sihat kerana Tok tidak mahu menghampakan mana2 pihak. Sehinggakan kami sebagai ahli keluarganya merasakan perlu utk menasihatinya supaya tidak memudaratkan diri terutama sekali semasa Tok memegang takhta sebagai Agong. Walaupun selepas cubaan utk meyakinkannya yang pihak lain pasti akan memahami hadnya sbgi seseorang yg sudah dimakan usia, tok masih tegas dgn pendiriannya "Tidak. Ini tanggungjawab Tok." __ Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Seperti bapanya - Tok percaya bahawa menjadi seorang Sultan merupakan suatu amanah yang besar. Sifat pemurahnya tidak terhad kpd apa yang kita lihat di media; secara senyap2, Tok juga telah menaja pendidikan beberapa orang pemuda sehingga ke peringkat universiti. Melihat rakyatnya berjaya membawa sejuta kegembiraan kepadanya. __ Kasihnya utk Kedah boleh diibaratkan seperti kasih seorg bapa yg penuh dedikasi; baginya Kedah adalah seperti anak kecil yg perlu dilindungi dan ditatang sehingga dapat berdikari dan jalan dgn sendiri. __ Sesuatu yg saya pelajari drpd Tok adalah utk tidak membiarkan hidup dikawal oleh tohmahan dan hinaan drpd anasir luar. Jika kita hidup dgn berintegriti, kenapa perlu kita berasa gentar? Perasaan tersebut hanyalah utk Allah SWT, dan Allah SWT sahaja. Al-Fatihah. 💔

A post shared by Raja Sarina 🇲🇾 (@sarinaiskandar) on

Menurut Raja Sarina, kasih Almarhum kepada Kedah juga boleh diibaratkan seperti kasih seorang bapa yang penuh dedikasi kerana bagi baginda, Kedah adalah seperti anak kecil yang perlu dilindungi dan ditatang sehingga dapat berdikari dan berjalan dengan sendiri.

"Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Seperti bapanya (Almarhum Sultan Badlishah). Tok percaya bahawa menjadi seorang Sultan merupakan suatu amanah yang besar.

"Sifat pemurahnya tidak terhad kepada apa yang kita lihat di media; secara senyap-senyap, Tok juga menaja pendidikan beberapa orang pemuda sehingga ke peringkat universiti. Melihat rakyatnya berjaya membawa sejuta kegembiraan kepadanya.

"Sesuatu yang saya pelajari daripada Tok adalah untuk tidak membiarkan hidup dikawal oleh tohmahan dan hinaan daripada anasir luar. Jika kita hidup dgn berintegriti, kenapa perlu kita berasa gentar. Perasaan tersebut hanyalah untuk Allah SWT sahaja. Al-Fatihah," katanya.

Tuanku Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit semalam setelah memerintah Kedah selama 59 tahun. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain