Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut, Shahpandi Abdul Ma­­nan berkata, idea yang dicetuskan oleh ahli jawatankuasanya untuk menghargai jasa guru mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Ada dalam kalangan kami sanggup mengambil cuti semata-mata mahu menjayakan program ini dengan baik, sekali gus memberi contoh kepada murid-murid bahawa sumbangan budi guru boleh dihargai dengan pelbagai cara.

“Sehubungan itu, besarlah ha­rapan kami jika guru-guru sudi menerima usaha kecil ini sebagai bukti penghargaan dan hubungan baik di antara ibu bapa, guru serta murid,” kata­nya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Seorang guru sekolah ber­kenaan, Mohd. Rashid Othman berkata, kebanyakan guru terkejut dengan penganjuran program berkenaan dan hanya ucapan terima kasih mampu diungkapkan ketika ini.

“Kami terperanjat kerana se­belum ini PIBG lebih memfokuskan soal pembangunan in­frastruktur memandangkan se­kolah ini telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

“Walau bagaimanapun, kami selaku guru ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian melakukan satu program yang ikhlas demi kesejahteraan bersama,” katanya.