Ketika pesawat-pesawat KT-1 Woongbi itu sedang berlepas, sebahagian besar petugas media kebetulan berada berdekatan landasan pesawat tersebut.

Maka jurugambar tidak melepaskan peluang merakamkan detik-detik penuh kesayuan itu.

Meletup awal

PETUGAS media yang menyaksikan demonstrasi maritim di Resorts World Langkawi semalam terkejut apabila bahan letupan yang digunakan untuk demonstrasi itu meletup terlebih awal.

Keadaan itu mengakibatkan petugas di situ terperanjat. Ada juga melatah dan melompat.

Suasana penuh hilai tawa itu ditenangkan oleh pengacara yang memohon maaf atas insiden tidak disangka itu.

Jangan lebih garisan kuning

JANGAN melebihi garisan kuning! Itu peringatan diberikan oleh anggota Pasukan Khas Udara (Paskau) kepada petugas media dalam satu sesi lawatan pesawat statik di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Arahan itu dikeluarkan bagi memastikan tiada sebarang gangguan terhadap pesawat-pesawat yang akan dipamerkan pada hari pembukaan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA 2015).

Kata laluan tidak dikongsi

PIHAK penganjur Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA 2015) memperuntukkan satu kata laluan untuk setiap petugas media mendapat akses jalur lebar.

Langkah itu suatu pendekatan ketat bagi memastikan tiada pihak luar dapat berkongsi jalur lebar dengan petugas media di pusat media di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).