Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, ini termasuklah ke arah menyediakan pembantu guru secukupnya kelak untuk mengambil tanggungjawab sebahagian daripada tugasan mereka kini.

Katanya, adalah menjadi matlamat kementerian mewujudkan suasana kondusif

di sekolah bagi guru dan pelajar.

“Jangan merasa terbeban, proses pendidikan harus (dicorakkan) dalam suasana gembira, saling sayang menyayangi, saling hormat menghormati,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap kepada warga Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tok Beng, dekat sini sewaktu melakukan lawatan mengejut pagi ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Guru Besar SK Bukit Tok Beng, Abdul Rahman Ali.

Katanya, kajian mendapati 4.4 peratus guru (daripada 48, 258 responden) menghadapi stress namun keadaan yang dilalui turut dikaitkan dengan soal kewangan dan juga tempat tinggal ( keluarga).

Kelmarin ketika menjawab soalan di Dewan Negara beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu, kementerian menyediakan kaunselor namun menyedari bilangannya yang kecil, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menambahkannya.

Sementara itu Utusan Malaysia hari ini melaporkan hanya terdapat 326 kaunselor di bawah kementerian itu berbanding 480,000 guru di seluruh negara.- UTUSAN ONLINE