Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, MoU itu akan memastikan komitmen IRDA dalam menggunakan Sistem Industri Bangunan (IBS) dan Permodelan Maklumat Bangunan (BIM).

Katanya, pihak kementerian akan meningkatkan jalinan kerjasama dengan lebih banyak pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi tempatan.

“MoU ini selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap pemaju projek pembinaan dalam negara menggunakan teknologi IBS menjelang tahun 2020.

“Penggunaan IBS mampu meningkatkan produktiviti projek pembinaan dan selari dengan matlamat penggunaan teknologi hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Majlis Menandatangani MoU Antara CIDB dan IRDA di Hotel Phoenix, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE