Chong Wei memenangi emas bagi acara badminton perseorangan dan perak bagi acara berpasukan campuran manakala Peng Soon pula membawa pulang perak dan gangsa masing-masing menerusi acara berpasukan campuran dan beregu campuran.

Imbuhan di bawah Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau Skimas yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow itu diberikan kepada anak negeri yang cemerlang dalam arena sukan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee. - UTUSAN ONLINE