Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), Chomsky membuat penafian tersebut menerusi kiriman e-mel beliau kepada penganalisis dan pemerhati politik, Dr. Chandra Muzaffar.

Chomsky yang juga profesor di Institut Teknologi Massachusetts dalam e-mel tersebut turut menafikan akan mengadakan lawatan ke negara ini bagi mengambil bahagian dalam perayaan hak asasi manusia di ibu negara bulan depan.

“Saya telah menerima beberapa surat berhubung perkara ini, tetapi ia hanya khabar angin.

“Saya gembira jika saya dapat melawat, tetapi tidak ada rancangan untuk berbuat demikian,“ katanya menerusi laporan portal berita FMT di sini hari ini.

Sebelum ini, aktivis sosial, Hishamuddin Rais berkata, Chomsky bakal menghadiri satu persidangan mengenai politik dan isu Asia Tenggara pada 11 sehingga 17 Februari. - UTUSAN ONLINE