Agensi berita Xinhua yang memetik sumber polis Guangdong melaporkan bahawa kesemua suspek yang ditahan mempunyai kaitan dengan lebih 20 geng yang dipercayai terlibat dalam operasi perjudian tersebut.

Selain itu, polis turut merampas beberapa buah komputer, telefon bimbit dan kad bank dalam serbuan yang dilakukan.

Dalam pada itu, kira-kira 70 aplikasi mobil dan 250 kumpulan chat berkaitan perjudian juga ditutup. – AFP