BBC melaporkan, Shohrat Zakir menyatakan bahawa kesemua kem tahanan tersebut diibaratkan seperti pusat pendidikan vokasional.

Katanya, kesemua ‘tahanan’ berasa gembira dan bersyukur kerana mereka diberi peluang untuk mengubah cara hidup ke arah yang lebih baik.

Beberapa laporan sebelum ini menyatakan bahawa tindakan China mewujudkan kem-kem tahanan tersebut dilihat sebagai menindas etnik Uighur yang majoritinya beragama Islam.

Badan-badan hak asasi juga memaklumkan etnik tersebut ditahan tanpa sebarang pendakwaan serius seperti enggan memberikan sampel DNA, bercakap dalam bahasa ibunda mereka dan bertengkar dengan anggota penguat kuasa. – AGENSI