Che’ Puan Khaleeda dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DKI).

Sementara itu, suami kepada Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, Dennis Muhammad Abdullah dikurnia Darjah Paduka Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran Datuk.

Lima individu turut menerima gelaran Datuk selepas dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ).

Individu tersebut adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Md. Rofiki A. Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, Mohd. Noorazam Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Mohd. Noh Ibrahim.

Turut menerima pingat itu adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan), Dr. Badrul Hisham Kassim dan Setiausaha Sulit Kepada Sultan Johor, Jaba Mohd. Noah. - UTUSAN ONLINE